"Haqim! Kau nak pergi mana? Petang ni kau pergi latihan bola tak?" tanya Syukri.
"Hari ni ada latihan ke? Tak pergi kot. Malas! Hehehe.." Haqim memegang belakang kepalanya.
"Agaknya orang kalau ada awek memang macam ni tak?" Syukri menyiku lengan Haqim.
"Err.. No comment! Ok, aku chow dulu!" Haqim memasuki kelas 5 Amanah.
***
"AIRIN, tadi Cikgu Ain cakap apa?" tanya Fiqry.
Aduh! Dia boleh cakap dengan aku? Dia kenal aku ke tak? Apesal dia relaks sangat ni? Macam tak ingat apa-apa je..
"Airin? Dengar tak?" Fiqry bertanya lagi.
"Hah? Err.. Dengar. Tadi cikgu cakap dia nak semua orang hantar kerja kursus Sejarah minggu depan."
"Airin.. Jom balik?" Haqim tersenyum saat matanya terpandang wajah Airin.
"Ha.. Jom! Tapi, saya nak singgah bilik guru dulu. Nak jumpa dengan Cikgu Kamal jap. Nak tanya something." Agak-agak Haqim nak tunggu ke? Tolonglah.. Cakap yang kau nak balik dulu. Aku tak nak balik dengan kau!
"Ok! Saya tunggu awak, ok? Emm.. Kau budak baru ke?" Haqim memandang Fiqry.
"Ha'ah. Hai. Saya baru pindah." Fiqry menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"Ooo.. Sorry. Aku tak layan newbies." Haqim tidak menyambut salam perkenalan Fiqry.
"Ok.. No problem." Fiqry menggalas begnya dan sempat senyum pada Airin.
Dia senyum dekat aku ke? Nak senyum balik ke tak? Senyum je la.
"Bye, Airin. Esok kita jumpa, ok?" Fiqry melambai tangannya kepada Airin.
Ternyata tindakan Airin yang membalas lambaian Fiqry membuat hati Haqim menjadi panas.
"Tak yah nak lambai sangatlah." Haqim mengangkat kakinya dari kelas Airin.
"Eh, cemburu ke? Hmm..Dah blah dah? Alhamdulillah.." Airin mengangkat begnya dan meninggalkan kelas.
***
AKU memandang kad berbentuk hati yang berwarna unggu itu. Fiq.. Saya tak boleh lupakan awak. Awak dah lupakan segala-galanya tentang saya ke? Kenapa awak macam tak de reaksi bila dengar nama Airin Nasuha? Nama tu memang tak pernah wujud dalam kamus hidup awak ke?
Aku membenamkan wajahku yang basah dengan air mata pada bantal. Menangis, menangis dan terus menangis. Sepanjang malam itu, aku terus bersedih. Walaupun perit, aku tetap tahan. Aku tahu aku pelik. Hari tu berharap sangat yang dia tak ingatkan aku. Sekarang? Terbalik pulak.
Telefon Airin berdering.
"Siapa pulak yang call tengah-tengah malam buta yang rabun teruk ni?" Airin menjawab telefonnya.
"Hello. Siapa tu?" Aku bertanya.
"Hello? Hello!! Helloo?!" Ish.. Bukan nak jawab! Bagi sakit hati je..
***
'AIRIN.. Aku sayangkan kau.. Tak sangka yang sekarang ni kau dah boyfriend..' Fiqry merenung siling biliknya. Lidahnya kelu. Tidak mampu untuk bercakap dengan Airin. Nombor Airin memang telah lama berada dalam simpanannya. Dia mengambil telefonnya. Melihat foto Airin yang diambil senyap-senyap semasa tingkatan tiga. Fiqry mengimbas semula masa lalunya bersama Airin semasa di sekolah berasrama penuh di Pulau Pinang.
-BERSAMBUNG-
No comments:
Post a Comment