Followers

Saturday 20 April 2013

CERPEN - HATI ITU MERAH 2

     'KRING!!' kedengaran bunyi loceng sekolah tanda hari persekolahan telah tamat. Haqim berjalan ke arah kelas 5 Amanah.

     "Haqim! Kau nak pergi mana? Petang ni kau pergi latihan bola tak?" tanya Syukri.

     "Hari ni ada latihan ke? Tak pergi kot. Malas! Hehehe.." Haqim memegang belakang kepalanya.

     "Agaknya orang kalau ada awek memang macam ni tak?" Syukri menyiku lengan Haqim.

     "Err.. No comment! Ok, aku chow dulu!" Haqim memasuki kelas 5 Amanah.

***

     "AIRIN, tadi Cikgu Ain cakap apa?" tanya Fiqry.

     Aduh! Dia boleh cakap dengan aku? Dia kenal aku ke tak? Apesal dia relaks sangat ni? Macam tak ingat apa-apa je..

     "Airin? Dengar tak?" Fiqry bertanya lagi.

     "Hah? Err.. Dengar. Tadi cikgu cakap dia nak semua orang hantar kerja kursus Sejarah minggu depan."

     "Airin.. Jom balik?" Haqim tersenyum saat matanya terpandang wajah Airin.

     "Ha.. Jom! Tapi, saya nak singgah bilik guru dulu. Nak jumpa dengan Cikgu Kamal jap. Nak tanya something." Agak-agak Haqim nak tunggu ke? Tolonglah.. Cakap yang kau nak balik dulu. Aku tak nak balik dengan kau!

     "Ok! Saya tunggu awak, ok? Emm.. Kau budak baru ke?" Haqim memandang Fiqry.

      "Ha'ah. Hai. Saya baru pindah." Fiqry menghulurkan tangannya untuk bersalam.

      "Ooo.. Sorry. Aku tak layan newbies." Haqim tidak menyambut salam perkenalan Fiqry.

       "Ok.. No problem." Fiqry menggalas begnya dan sempat senyum pada Airin.

       Dia senyum dekat aku ke? Nak senyum balik ke tak? Senyum je la.

      "Bye, Airin. Esok kita jumpa, ok?" Fiqry melambai tangannya kepada Airin.

     Ternyata tindakan Airin yang membalas lambaian Fiqry membuat hati Haqim menjadi panas.

     "Tak yah nak lambai sangatlah." Haqim mengangkat kakinya dari kelas Airin.

     "Eh, cemburu ke? Hmm..Dah blah dah? Alhamdulillah.." Airin mengangkat begnya dan meninggalkan kelas.

***

     AKU memandang kad berbentuk hati yang berwarna unggu itu. Fiq.. Saya tak boleh lupakan awak. Awak dah lupakan segala-galanya tentang saya ke? Kenapa awak macam tak de reaksi bila dengar nama Airin Nasuha? Nama tu memang tak pernah wujud dalam kamus hidup awak ke?

     Aku membenamkan wajahku yang basah dengan air mata pada bantal. Menangis, menangis dan terus menangis. Sepanjang malam itu, aku terus bersedih. Walaupun perit, aku tetap tahan. Aku tahu aku pelik. Hari tu berharap sangat yang dia tak ingatkan aku. Sekarang? Terbalik pulak.

     Telefon Airin berdering.

     "Siapa pulak yang call tengah-tengah malam buta yang rabun teruk ni?" Airin menjawab telefonnya.

     "Hello. Siapa tu?" Aku bertanya.

     "Hello? Hello!! Helloo?!" Ish.. Bukan nak jawab! Bagi sakit hati je..

***

     'AIRIN.. Aku sayangkan kau.. Tak sangka yang sekarang ni kau dah boyfriend..' Fiqry merenung siling biliknya. Lidahnya kelu. Tidak mampu untuk bercakap dengan Airin. Nombor Airin memang telah lama berada dalam simpanannya. Dia mengambil telefonnya. Melihat foto Airin yang diambil senyap-senyap semasa tingkatan tiga. Fiqry mengimbas semula masa lalunya bersama Airin semasa di sekolah berasrama penuh di Pulau Pinang.


 -BERSAMBUNG-

Friday 19 April 2013

CERPEN - HATI ITU MERAH

      AKU merenung ke luar jendela kamar. Aku betul-betul bingung. Tidak tahu sama ada keputusan menerima Haqim menjadi kekasih aku adalah keputusan yang betul. Haqim memang digilai oleh semua budak perempuan di sekolah. Tapi, dihati kecil aku, aku langsung tak de perasaan cinta terhadap Haqim walaupun sekelumit jua. Benarkah keputusan aku ini? Tapi aku langsung tak de perasaan dekat dia. Lama-lama boleh gila aku kalau asyik fikirkan masalah ni. Baik aku pergi belajar. Dahlah SPM tak lama lagi.

     "Airin! Mari makan! Mama dah masak ni." kedengaran suara Puan Aida.

     "Ya, ma.. Kejap lagi Airin turun." balas aku.

***

     HAQIM dan rakan-rakannya sedang melepak di kafe Starbucks.

     "Haqim! Cayalah kau! Aku tak sangka yang kau boleh pikat si Airin tu! Perempuan tu kan pendiam. Aku ingat dia jenis yang gila belajar. Yang jenis anti-couple.." kata Adam.

     "Itulah! Aku pun tak caya gak! Dahsyat kau!" giliran Faiz pula memberikan pendapatnya.

     "Eh, ni Haqim la.. Mana ada perempuan yang reject aku?" Haqim berkata dengan bangganya.

     "Huk'aloh.. Bajet hot la kau ni!" Adam menyekeh kepala Haqim.

     Hakim menarik topi yang ada di kepala Adam sehingga topi itu menutupi wajah Adam.

     "Apa ni.. Habislah muka aku yang handsome ni! Kalau ya pun jeles, ngaku je la." Adam membetulkan kedudukan topi di kepalanya.

     Kelihatan seorang perempuan yang memakai baju serba pink datang ke arah meja tempat Haqim dan rakan-rakannya duduk.

     "You.. You couple dengan Airin ek? You.. Kenapa you couple dengan dia? You tahu tak yang dia tu cuma perempuan dari kampung yang nak cekup mamat kaya macam you ni? Yelah.. Nanti senang la dia. Tak yah susah-susah nak belajar and kerja." kata Anastasya.

     "You.. You ingat I bodoh sangat ke? You.. You macam tak kenal I. I am land crocodile, ok? Sebelum dia cekup I, I cekup and ngap dia dulu." jawab Haqim sambil mengikut cara percakapan Anastasya yang asyik dok beryou-you.

     "Woaa... You're so amazing! Tak sia-sia I jadikan you idola I!" kata Anastasya sambil mencubit pipi Haqim.

     "Plan tu bila nak jalan?" tanya Faiz.

     "Bila dia sudi keluar dengan akulah!" jawab Haqim.

     "Wait. Plan apa ni?" tanya Anastasya.

     "Wait and see, dear." Haqim tersenyum apabila memikirkan rancangannya.

***

    Suasana begitu riuh-rendah di dalam kelas 5 Amanah. Maklumlah, tiada guru yang masuk ke dalam kelas. Ada yang bersembang, ada yang makan, ada juga yang menyanyi secara berkumpulan.

     "Hai Airinku sayang." Haqim menyapa Airin.

     "Haqim.. Hai.." aku hanya tersenyum melihat wajah Haqim.

     "Buat apa tu? Ulang kaji pelajaran, ek?" tanya Haqim.

     "Ha'ah. Periksa kan tak lama lagi. Haqim tak ulang kaji ke?" tanya aku.

     "Tak. Malaslah. Hari-hari mengadap buku. Sampai nama penulis dia pun dah hafal."

     "Ya ka? Dahsyat betul Haqim ni." aku tergelak kecil.

     "Airin.. Nanti masa balik kita pergi dating nak tak?"

     "Dating? Err.. Saya sibuklah. Sorry..."

     "Alaa.. Tak yah nak jual mahal sangat boleh tak? Boleh laa.." Haqim memujuk Airin.

     "Saya betul-betul sibuk. Memang tak boleh keluar."

     "Emm.. Tak pe la.. Saya balik kelas saya dululah. Bye!" Haqim berlalu pergi.

     "Sorry! Bye..." Aku memegang kepalaku.. Aahhh!! Aku memang tak suka kat dia! Sebab tu aku tak nak keluar dengan dia. Tapi kenapa hari tu aku terima dia jadi boyfriend aku? Ish! Gilalah aku ni!

     Guru kelas 5 Amanah masuk bersama seorang pelajar lelaki yang tidak kenali.

     "Wow! Budak baru! Handsome.." kata Linda sambil tersengih-sengih macam kerang busuk

     "Linda, behave! Baiklah pelajar semua, hari ni kita ada seorang pelajar baru yang datang dari Johor. Kamu boleh kenalkan diri kamu." kata Cikgu Amdan.

     "Assalammualaikum and hai. Nama saya Haziq Fiqry bin Fuad. Boleh panggil saya Fiq." Fiqry memperkenalkan dirinya dengan muka yang manis.

     "Fiq! Duduklah sebelah saya! Tempat ni kosong." Linda menawarkan tempat duduk disebelahnya yang kosong.

     Haziq Fiqry? Dia ke? Tak mungkin! Kalau dia macam mana? Malunyaa!!! Mana nak sorok muka aku ni?

     "Airin!" Cikgu Amdan memanggil Airin yang sedang termenung.

     "Ya, cikgu!" tenyata aku sangat terkejut apabila mendengar suara Cikgu Amdan yang lantang itu.

      "Tempat sebelah kamu kosong kan? Jadi, Fiqry. Kamu boleh duduk sebelah Airin Nasuha." Cikgu Amdan berkata sambil menunjukkan tempat kosong disebelah Airin.

     "Baik, cikgu." Fiqry berjalan ke arah tempat duduk yang ditunjukkan oleh Cikgu Amdan.

     Aku hanya menundukkan muka. Tak sanggup nak tengok muka lelaki tu!

     'Airin Nasuha. Tak sangka boleh jumpa kau kat sini.' kata Fiqry dalam hatinya.


-BERSAMBUNG-