Nek Jah sudah nazak? Raisya Raihana semakin buntu. Tidak tahu sama ada mahu berkahwin atau tidak. Tengku Danial sanggup merendahkan egonya semata-mata demi neneknya. Ikuti kisah ini untuk ketahui apa yang terjadi.. :D
Tapi, saya nak mintak maaf sebab sebelum ni saya asyik bagi link je.. So, sekarang saya post terus kat blog saya ok? Ok, selamat membaca! >_-
RAISYA Raihana sedang baring di atas katilnya.
Sekejap dia bergolek ke kiri, sekejap dia bergolek ke kanan. Namun, masih saja
matanya tidak boleh dilelapkan.
“Haish.. Kalau macam ni, macam manalah nak tidur?
Tak tenang langsung fikiran aku.” Raisya Raihana asyik memikirkan kejadian
semalam. Memang susah nak dilupakan.
“Tok! Tok!” Kedengaran bunyi pintu bilik Raisya
Raihana diketuk.
‘Aik? Siapa pula yang kacau aku tengah-tengah malam
rabun ni?’ Raisya Raihana bangun dari katilnya yang serba turquoise itu. Memang
dia gilakan warna itu sejak zaman remaja lagi. Bukan sahaja katil, malah
biliknya pun serba warna turquoise.
Raisya Raihana membuka pintu biliknya. Kelihatan
muka abangnya yang sedikit muram.
“La.. Kenapa abangku sayang? Muram and very masam je
muka. Hah, ni mesti nak curahkan perasaan kat Raisya, kan? Betul tak?” Raisya
Raihana cuba menceriakan keadaan yang agak sedih itu.
Rafie Rifqi hanya mengangguk lemah. Matanya yang
sembab membuktikan yang dia baru saja menangis.
“Aiyaa.. Abang Raisya menangis ke? Kenapa ni? Tak
pernah-pernah pun menangis. Kenapa ni? Cuba story-mory sikit.”
Raisya Raihana menarik tangan abangnya ke sofa di
biliknya. Rafie Rifqi hanya menurut. Mereka duduk di situ. Raisya Raihana duduk
bersila.
“Ha, cerciter.”
“Abang suka kat seorang perempuan ni. Bukan suka je,
malah dah tumbuh rasa sayang dah kat hati ni untuk dia. Tapi…” Rafie Rifqi
tidak dapat meneruskan ayatnya.
“Abang, kalau abang tak boleh teruskan, Raisya
faham. Tapi, selagi abang tak luahkan perasaan abang tu, selagi tu abang akan
rasa sedih.” Raisya Raihana cuba menenangkan abangnya itu. Dia tahu, pasti hati
abangnya pada saat itu sangat rapuh.
“Raisya, abang sayang sangat kat dia Raisya. Sayang
sangat. Tapi, sampai hati dia buat kat abang macam ni. Dia tinggalkan abang
Raisya. Dia.. Dia lebih memilih bekas kekasih dia yang dah lukakan hati dia.
Sedangkan abang sayang sangat kat dia. Sepenuh hati abang.” Rafie Rifqi menangis
semahu-mahunya di depan adiknya. Sejak dulu lagi, kalau dia ada masalah pasti
adiknya yang dicari dulu.
“Abang, abang tenang ya. Tak maulah nangis-nangis
macam ni.”
Telefon Raisya berdering.
“Eh,
handphone bunyi pula. Kejap ek, bang.” Raisya Raihana menjawab panggilan
tersebut.
“Assalamualaikum. Siapa tu?” Raisya Raihana
memulakan bicara.
“Waalaikummussalam. It’s me, Danial. We need to
talk.” Suara Tengku Danial kedengaran serius.
Mulut Raisya Raihana ternganga luas.
“Awak dapat nombor saya dari mana ni?” Raisya
Raihana terkejut. Seingatnya, dia tidak bagi nombornya kepada Tengku Danial.
Tetapi lelaki itu yang memberinya nombor telefon.
“It’s not important. Right now, can you come to the
hospital? Hurry! Please.. I’m begging you. Nenek.. Nenek sabar, ya. Doktor
Raisya is on her way. Please, Raisya. Tolong datang ke hospital sekarang.”
Tengku Danial kedengarannya sedikit panik.
“Ha? Kenapa dengan nenek awak? Hey, hey? Awak?
Awak?” Talian terputus.
“Kenapa? Siapa tu?” Rafie Rifqi bertanya.
“Danial. Dia
suruh Raisya pergi ke hospital. Tapi, sekarang dah malam. Takkan Raisya nak
pergi hospital sorang-sorang kot? Abang temankan Raisya boleh? Boleh ya bang?”
Raisya Raihana mula menyarungkan tudung dikepalanya.
“Dah?” Rafie Rifqi bertanya kepada adiknya yang
sudah selesai memakai cardigan.
“Dah! Jom!”
Raisya Raihana dan Rafie Rifqi berjalan menuju ke
tempat parkir kereta. Mereka memboloskan diri ke dalam kereta BMW itu dan
kereta itu meluncur laju menuju ke hospital.
Setelah 15 minit berlalu, Raisya Raihana dan Rafie
Rifqi pun tiba di hospital. Tanpa membuang masa, mereka terus menuju ke wad
yang menempatkan Nek Jah.
“Raisya! Eh, Rafie! Kau pun datang sekali?” Tanya Tengku Danial.
“Ha’ah. Abang saya datang sekali. Kenapa awak suruh
saya datang sini? Nek Jah okey kan?” Raisya Raihana kelihatannya sedikit risau.
Dia takut kalau terjadi sesuatu yang merbahaya terhadap Nek Jah.
Walaupun dia
baru kenal dengan Nek Jah, namun mereka begitu akrab. Dia sudah menganggap Nek
Jah seperti nenek kandungnya sendiri.
“No, she’s not okey. Wayar kat badan dia, it’s
everywhere. Saya takut.. takut kalau dia nak tinggalkan saya..” Tengku Danial
sebak. Air mata mula bergenang ditubir matanya.
“Danny, kau kena sabar. Kau tak boleh sedih macam
ni.” Rafie Rifqi menepuk perlahan bahu Tengku Danial.
“Awak, awak janganlah nangis, ek? Saya pergi tengok
Nek Jah dulu ya.” Raisya Raihana membuka pintu wad yang didiami Nek Jah.
Kelihatan Nek Jah yang sedang terbaring lesu itu tersenyum ke arahnya.
“Nek, nek sihat?” Raisya Raihana memegang tangan tua
itu.
“Rai…sya.. Dan…ny.. Ne..nek.. Nak.. Jum..pa..
Diaa..” Kelihatannya sangat sukar untuk Nek Jah berkomunikasi.
“Ya, nek. Kejap Raisya panggilkan dia.” Raisya
Raihana keluar dari wad itu dan memanggil Tengku Danial masuk bersamanya.
“Ya, nek. Danny is here. Ada apa-apa?” Tengku Danial
sudah tidak mampu menahan air matanya dari jatuh.
Dia berasa sangat sedih
melihat neneknya terbaring lemah dengan wayar di merata-rata tubuh neneknya.
“Dan..ny.. Kah..win.. Ne..nek.. tak.. la…ma… dah..”
Nek Jah memegang tangan cucu sulungnya dan tangan Raisya Raihana lalu dia
memandang sayu ke arah mereka berdua.
Raisya Raihana kelihatannya sedikit terkejut.
Bukannya apa, dia masih belum bersedia. Dia tidak sempat untuk berfikir pun
tentang hal perkahwinan ini. Apakah Danial sudah bersedia? Atau Danial juga
sepertinya. Langsung tidak bersedia namun terpaksa.
“Bo..leh.. kann?” Nek Jah bertanya.
Tengku Danial memandang Raisya Raihana. Berharap
yang Raisya Raihana bersetuju.
“Err.. Bo..bo..bo..” Peluh sudah menitik didahi Raisya
Raihana.
Tiba-tiba terdengar telefon Tengku Danial berbunyi.
“Oh, bo..bola..bebola kampung!” Raisya Raihana
melatah.
“Sorry.. Fon Danny bunyi.” Tengku Danial menolak
panggilan itu. Langung tidak penting baginya.
“Rai…sya.. Bo..leh.. kan? Kah..win.. Dan..ny..” Nek
Jah bertanya lagi.
“Err..emm.. Bo..bo..” Raisya Raihana bingung.
‘Aduh! Macam mana ni? Stressnya! Aahh!! Ya Allah..
Semoga dia adalah yang terbaik untukku!’ Raisya Raihana berdoa di dalam
hatinya.
“Boleh, nek.” Perlahan saja suara Raisya memberi
keputusan.
Tengku Danial tersenyum.
“Dan..ny..?” Nek Jah bertanya kepada Tengku Danial.
“Boleh, nek.” Tengku Danial memeluk neneknya.
“Ki…ta.. bu..att.. a..a..kad.. ni..kah.. kat..
si..si..ni..” Sangat susah untuk Nek Jah menghabiskan ayatnya.
Raisya Raihana terkejut. Sangat terkejut! Tidak
mungkin! Dia belum bersedia! Tetapi, dia tak sanggup untuk melukakan hati Nek
Jah. Nek Jah benar-benar mengharap yang cucunya akan berkahwin.
‘Aaahh!! Aku belum bersedia!!!’ jerit Raisya Raihana
di dalam hatinya.
“Buat kat sini nek?” Tengku Danial bertanya dengan
kehairanan.
“I..yaa.. Ne..nek.. dahh.. tak.. la..la..ma..
Ka..mu.. kah..win.. se..ka..rang.. yaa..” Nek Jah memegang tangan cucunya dan
Raisya Raihana.
Raisya Raihana cuba memberi isyarat mata kepada
Tengku Danial. Mereka perlu berbincang sekarang!
Tengku Danial mengusap pipi tua neneknya. Lalu, dia
dan Raisya Raihana pun keluar dari wad itu setelah memberitahu nenek yang
mereka ingin berbincang sebentar.
“Awak! Takkan nikah sekarang kot? Saya belum sedialah
awak!” Raisya Raihana kelihatannya tertekan.
“Kahwin? Sekarang? Raisya nak kahwin sekarang?”
Secara tiba-tiba Rafie Rifqie menyampuk. Dia terkejut dengan apa yang
didengarinya sebentar tadi.
“Fie.. Nenek aku dah tak lama. Dia nak tengok aku
kahwin sebelum dia pergi buat selama-lamanya.” Tanpa Tengku Danial sedari, air
matanya mengalir laju.
“Sabar Danny. Kau kena sabar. Ni semua ujian dari
Allah.” Rafie Rifqi menepuk perlahan belakang Tengku Danial.
“Tapi, bang. Raisya belum sedia nak kahwin.” Raisya
Raihana memegang kepalanya. Berdenyut-denyut kepalanya itu.
“Kahwin? Apesal pulak Raisya yang kena kahwin dengan
Danny? Abang tak faham. Kejap-kejap.. Ada apa-apa yang abang tak tahu ke?”
Rafie Rifqi memandang adiknya dengan pandangan yang tajam.
“Err..” Raisya Raihana terdiam. Tidak tahu bagaimana
ingin menceritakan kisah yang telah terjadi di dalam hidupnya.
“Sebenarnya, Fie.. Nenek aku nak sangat tengok aku
kahwin. Tapi, calon yang dia nak jodohkan dengan aku, semuanya tak boleh pakai.
They are all to social. Aku tak suka. Tapi, nenek aku langsung tak tahu yang
perempuan tu semua perempuan yang tak baik. Bila aku bawa calon aku, nenek tak
suka. So, aku tak tahu nak buat apa. Sampai satu hari tu, nenek aku cakap nak
jodohkan aku dengan Raisya, doktor yang merawat dia. Nenek aku cakap, memang
dia tak kenal Raisya. Tapi, dia dapat rasakan yang Raisya adalah perempuan yang
sesuai untuk jadi isteri aku. Pada masa tu, aku betul-betul buntu. Kalau aku
tolak, nenek pasti akan paksa aku kahwin dengan perempuan yang sosial tu. Tapi,
kalau aku terima Raisya, sekurang-kurangnya aku tahu dia perempuan yang baik.”
Tengku Danial meraup wajahnya.
“Emm.. Jadi, sekarang ni nenek kau nak tengok kau
kahwin sekarang la?” Rafie Rifqi bertanya kepada Tengku Danial.
Tengku Danial hanya mengangguk.
“Raisya, kamu dah sedia untuk berkahwin?” Rafie
Rifqi bertanya kepada adiknya.
“Ha? Emm.. Raisya.. Raisya.. Raisya tak tahu!”
Raisya Raihana menutup mukanya. Dia benar-benar buntu.
“Raisya.. Listen.. Abang tanya kat Raisya ni. Raisya
dah sedia ke belum? Raisya, nenek Danny dah tak lama. Raisya kena buat
keputusan cepat.” Rafie Rifqi bertanya dengan nada yang serius.
“Emm.. Mama, papa.. Diorang tak tahu pasal ni.”
Raisya Raihana bingung.Dia tidak boleh
membayangkan jika hidupnya setelah dia berkahwin dengan lelaki yang bernama
Tengku Danial itu. Dia tidak mahu jika diakhir pernikahan itu akan berlaku
penceraian. Dia benar-benar takut. Takut untuk jatuh cinta. Takut untuk
ditinggalkan. Takut untuk diduakan. Sesungguhnya, dia tidak berani mengambil
risiko untuk berkahwin.
“Abang call diorang sekarang.” Rafie Rifqi
mengeluarkan BlackBerrynya dari poket. Didail nombor papanya lalu dilekapkan
telefon bimbit itu ke telinga.
“Assalamualaikum, pa. Sorry ganggu tidur papa. Papa,
can you come to the hospital yang nenek Danny dirawat?” Rafie Rifqi memulakan
perbualan.
“Why? Ada apa-apa masalah ke?” Dato’ Izhar bangun
lalu menyandarkan badannya pada kepala katil.
“It’s about Raisya and nenek Danny dah nazak.”
“Ya ke? Emm.. Kejap papa dengan mama datang.”
“Ok. Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
“So, Raisya. Abang rasa Raisya kena bincang sendiri
dengan Danny and Danny, I know you well. Aku tak kisah kalau kau jadi adik ipar
aku.” Rafie Rifqi tersenyum dan berlalu meninggalkan tempat itu. Sengaja ingin memberi
privasi kepada adiknya dan Danny untuk berbincang.
“So, saya tak paksa. But, please.. Tolonglah saya.
Saya tak sanggup nak tengok nenek kecewa.” Ujar Tengku Danial.
‘Eh, sejak bila dia pandai ber-saya awak ni? Dia
tengah berlakon ke? Tapi, kat sini bukannya ada sesiapa pun. Hanya aku dengan
dia je. Pelik!’ Raisya Raihana masih sempat memikirkan hal itu pada saat-saat
cemas seperti ini.
“Awak, boleh kan?” Tengku Danial tidak pernah
bercakap lembut dengan mana-mana perempuan kecuali arwah ibunya dan neneknya.
Raisya adalah perempuan yang ketiga. Dia sanggup merendahkan egonya semata-mata
demi neneknya.
“Err.. Boleh bagi saya masa tak?”
“Oh, please. Dah tak de masa lagi. Please, Raisya.”
Tengku Danial merayu lagi.
“Emm.. Aduh! Susahnya nak buat keputusan.” Raisya
Raihana menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Awak, please. Saya janji akan jaga awak. Saya
takkan kecewakan awak. Hmm?” Ujar Tengku Danial.
“Awak janji? Betul ni? Dan, saya tak nak bercerai.
Saya takut. Bila saya dah jadi isteri awak nanti, tolong jangan ceraikan saya.
Janji yang awak akan setia dengan saya. Takkan menduakan saya.” Raisya Raihana
memandang wajah Tengku Danial.
“Saya janji. Will you marry me?” Tengku Danial
bertanya.
“I.. I.. I do..” Raisya Raihana berserah kepada
Allah. Jodoh, pertemuan, ajal, maut, semuanya ketentuan Allah.
“Thanks. Sorry, saya tak de cincin nak bagi kat
awak. Your parents. Diorang dah sampai.” Tengku Danial tersenyum.
“Ma, pa!” Raisya Raihana memanggil ibu dan bapanya.
“Raisya! Ada apa? Kamu ada masalah ke? Eh, Danny!
Nenek kamu macam mana?” Jelas terpamer kerisauan pada wajah Dato’ Izhar.
“Nenek Danny nazak sekarang and… Raisya nak kahwin.”
Raisya Raihana memberitahu hal yang terjadi.
“
Raisya nak kahwin? Bila? Dengan siapa?” Datin
Mufeeda mencelah.
“Dengan… dengan Danny. Nenek dia nak tengok dia
kahwin sebelum nenek dia pergi.” Ujar Raisya
Raihana.
Dato’ Izhar dan Datin Mufeeda saling berpandangan.
Mereka tidak percaya yang anak perempuan mereka sudah bersedia untuk mendirikan
rumah tangga.
“Betul ni Raisya? Bila kamu dua orang nak kahwin?”
Datin Mufeeda bertanya.
“Betul, ma. Sekarang. Nenek Danny dah tak lama.”
Raisya Raihana melihat Tengku Danial.
“Uncle, aunty, izinkan saya untuk jadikan anak uncle
dan aunty sebagai isteri saya yang sah?” Tengku Danial bertanya.
“Apa pulak tak boleh Danial. Kalau kamu ikhlas, kami
tak kisah. Ye tak, mama?” Dato’ Izhar berkata.
“Betul tu Danial. Alhamdulillah kalau Raisya tu nak
kahwin. Eh, kalau macam tu biar mama dengan papa je yang uruskan. Kamu berdua
pergilah jaga nenek Danny.” Ujar Datin Mufeeda.
“Yelah.” Raisya Raihana dan Tengku Danial berkata
serentak. Mereka berdua masuk ke bilik wad Nek Jah.
“Ma…cam.. ma..na..a?” Nek Jah bertanya.
“Kami akan kahwin, nek. Sekejap lagi tok kadi
datang. Nenek sabar ye.” Tengku Danial memegang erat tangan neneknya.
Pintu bilik wad dibuka dari luar. Dato’ Izhar dan
Datin Mufeeda memasuki bilik tersebut.
“Semuanya dah diurus. Sabar ya, Puan Azizah.” Datin
Mufeeda berkata kepada Nek Jah.
“Rai..syaa.. Ni.. cin..cin.. Pa..kai..
nan..ti.. a..kad.. ni..kaah..” Nek Jah
menghulurkan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian kepada Raisya
Raihana.
“Terima kasih, nek.” Raisya Raihana mengambil cincin
yang dihulur oleh Nek Jah.
“Ja..ga.. Dan..ny..” Nek Jah senyum.
“Assalammualaikum.” Kedengaran orang memberi salam.
“Waalaikummussalam.” Semua yang berada di dalam
bilik wad itu menjawab salam yang diberikan.
“Saya tok kadi. Ni, Dato’ Izhar kan?” Lelaki yang
berjubah putih itu bertanya.
“Ya, saya Izhar. Tok, boleh tak kalau tok nikahkan
anak saya dengan cucu Puan Azizah? Puan Azizah berhajat nak melihat cucunya
berkahwin sebelum dia pergi.” Ujar Dato’ Izhar.
“Ya, Insyaallah boleh. Jadi, boleh kita mulakan.”
Setelah selesai semua prosedur, majlis akad nikah
yang berlangsung di dalam bilik wad itu pun selesai.
“Alhamdulillah.” Dato’ Izhar bersyukur kepada Allah.
“Ne..nek.. sa..yang.. ka..ka..mu ber..du..aa..”
setelah mengucapkan dua kalimah syahadah, Nek Jah meninggal dunia.
“Nek! Nek!” Tengku Danial menangis. Dia memeluk erat
tubuh Nek Jah.
“Danny.. Kau kena sabar. Kau kena terima kenyataan.”
Rafie Rifqi memegang bahu Tengku Danial.
Nek Jah
telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam. Tengku Danial tidak
berhenti-henti membaca ayat-ayat suci di situ. Raisya Raihana setia disisinya.
Dato’ Izhar, Datin Mufeeda, Rafie Rifqi, adiknya dan orang yang dikenali telah
pulang. Tengku Danial melihat wajah perempuan yang telah menjadi isterinya
setelah dia selesai membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
“Awak nak balik ke? Kita balik sekarang ya?” Tengku
Danial mula melipat tikar.
“Saya ikut je.” Raisya Raihana bangun dan mengangkat
jar air yang digunakan untuk menyimpan air mawar sebentar tadi.
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta
Tengku Danial. Setelah berada di dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri.
Sepi.
“Awak.. Kita nak pergi mana ni?” Raisya Raihana
bertanya kepada Tengku Danial.
“Rumah.” Sepatah sahaja yang dijawab oleh Tengku
Danial.
“Tahulah rumah. Tapi rumah siapa?” Raisya Raihana
tahu yang Tengku Danial masih sedih. Tapi, hidup perlu diteruskan. Dia akan
pastikan yang Tengku Danial akan gembira dan ceria seperti dulu. Walaupun dia
tidak tahu sama ada Tengku Danial seorang yang ceria ataupun tidak.
“Rumah awak. Baju awak kan ada kat sana. Lepastu
kita pergi rumah saya. Kita tidur sana malam ni. Bolehkan?” Tengku Danial
memandang wajah Raisya Raihana sebentar, kemudian dia memandang ke depan
semula.
“Emm.. Boleh. Saya yang menurut perintah je.” Raisya
Raihana memandang ke arah tingkap. Konon-kononnya tengok pemandanganlah. Tapi,
sebenarnya hatinya sudah mahu meletup! Mana tidaknya, dia tidak pernah naik
satu kereta dengan lelaki lain selain papanya, abangnya dan Pak Mail. Sudahlah
lelaki yang disebelahnya ini sangat handsome! Pakai rayban lagi! Aduh, sabarlah
hati.
“Dah sampai. Jom.” Tengku Danial keluar dari kereta
dan berlari untuk membuka pintu kereta untuk isterinya.
“Eh, terima kasih. Arigatou!” Raisya Raihana
tersenyum comel.
Tengku Danial terpaku. Dia memandang lama muka
Raisya Raihana.
“Err.. Jom! Janganlah malu-malu. Masuk je. Buat
macam rumah sendiri walaupun awak tahu rumah ni bukan rumah awak. Yelah, papa
saya yang beli.” Raisya Raihana memberi salam dan terus memasuki rumahnya.
Malu! Mukanya sudah merah macam strawberi yang sudah masak. First time, seorang
lelaki memandang ke dalam matanya lama.
Tengku Danial hanya tersenyum. Dia tahu bahawa
isterinya itu merupakan seorang yang pemalu. Tengku Danial memasuki rumah
mertuanya buat kali pertama.
-BERSAMBUNG- :D