Nek Jah sudah nazak? Raisya Raihana semakin buntu. Tidak tahu sama ada mahu berkahwin atau tidak. Tengku Danial sanggup merendahkan egonya semata-mata demi neneknya. Ikuti kisah ini untuk ketahui apa yang terjadi.. :D
Tapi, saya nak mintak maaf sebab sebelum ni saya asyik bagi link je.. So, sekarang saya post terus kat blog saya ok? Ok, selamat membaca! >_-
RAISYA Raihana sedang baring di atas katilnya.
Sekejap dia bergolek ke kiri, sekejap dia bergolek ke kanan. Namun, masih saja
matanya tidak boleh dilelapkan.
“Haish.. Kalau macam ni, macam manalah nak tidur?
Tak tenang langsung fikiran aku.” Raisya Raihana asyik memikirkan kejadian
semalam. Memang susah nak dilupakan.
“Tok! Tok!” Kedengaran bunyi pintu bilik Raisya
Raihana diketuk.
‘Aik? Siapa pula yang kacau aku tengah-tengah malam
rabun ni?’ Raisya Raihana bangun dari katilnya yang serba turquoise itu. Memang
dia gilakan warna itu sejak zaman remaja lagi. Bukan sahaja katil, malah
biliknya pun serba warna turquoise.
Raisya Raihana membuka pintu biliknya. Kelihatan
muka abangnya yang sedikit muram.
“La.. Kenapa abangku sayang? Muram and very masam je
muka. Hah, ni mesti nak curahkan perasaan kat Raisya, kan? Betul tak?” Raisya
Raihana cuba menceriakan keadaan yang agak sedih itu.
Rafie Rifqi hanya mengangguk lemah. Matanya yang sembab membuktikan yang dia baru saja menangis.
“Aiyaa.. Abang Raisya menangis ke? Kenapa ni? Tak pernah-pernah pun menangis. Kenapa ni? Cuba story-mory sikit.”
Raisya Raihana menarik tangan abangnya ke sofa di biliknya. Rafie Rifqi hanya menurut. Mereka duduk di situ. Raisya Raihana duduk bersila.
“Ha, cerciter.”
“Abang suka kat seorang perempuan ni. Bukan suka je, malah dah tumbuh rasa sayang dah kat hati ni untuk dia. Tapi…” Rafie Rifqi tidak dapat meneruskan ayatnya.
“Abang, kalau abang tak boleh teruskan, Raisya faham. Tapi, selagi abang tak luahkan perasaan abang tu, selagi tu abang akan rasa sedih.” Raisya Raihana cuba menenangkan abangnya itu. Dia tahu, pasti hati abangnya pada saat itu sangat rapuh.
“Raisya, abang sayang sangat kat dia Raisya. Sayang sangat. Tapi, sampai hati dia buat kat abang macam ni. Dia tinggalkan abang Raisya. Dia.. Dia lebih memilih bekas kekasih dia yang dah lukakan hati dia. Sedangkan abang sayang sangat kat dia. Sepenuh hati abang.” Rafie Rifqi menangis semahu-mahunya di depan adiknya. Sejak dulu lagi, kalau dia ada masalah pasti adiknya yang dicari dulu.
“Abang, abang tenang ya. Tak maulah nangis-nangis macam ni.”
Telefon Raisya berdering.
“Eh, handphone bunyi pula. Kejap ek, bang.” Raisya Raihana menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum. Siapa tu?” Raisya Raihana memulakan bicara.
“Waalaikummussalam. It’s me, Danial. We need to talk.” Suara Tengku Danial kedengaran serius.
Mulut Raisya Raihana ternganga luas.
“Awak dapat nombor saya dari mana ni?” Raisya Raihana terkejut. Seingatnya, dia tidak bagi nombornya kepada Tengku Danial. Tetapi lelaki itu yang memberinya nombor telefon.
“It’s not important. Right now, can you come to the hospital? Hurry! Please.. I’m begging you. Nenek.. Nenek sabar, ya. Doktor Raisya is on her way. Please, Raisya. Tolong datang ke hospital sekarang.” Tengku Danial kedengarannya sedikit panik.
“Ha? Kenapa dengan nenek awak? Hey, hey? Awak? Awak?” Talian terputus.
“Kenapa? Siapa tu?” Rafie Rifqi bertanya.
“Danial. Dia suruh Raisya pergi ke hospital. Tapi, sekarang dah malam. Takkan Raisya nak pergi hospital sorang-sorang kot? Abang temankan Raisya boleh? Boleh ya bang?” Raisya Raihana mula menyarungkan tudung dikepalanya.
“Dah?” Rafie Rifqi bertanya kepada adiknya yang sudah selesai memakai cardigan.
“Dah! Jom!”
Raisya Raihana dan Rafie Rifqi berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Mereka memboloskan diri ke dalam kereta BMW itu dan kereta itu meluncur laju menuju ke hospital.
Setelah 15 minit berlalu, Raisya Raihana dan Rafie Rifqi pun tiba di hospital. Tanpa membuang masa, mereka terus menuju ke wad yang menempatkan Nek Jah.
“Raisya! Eh, Rafie! Kau pun datang sekali?” Tanya Tengku Danial.
“Ha’ah. Abang saya datang sekali. Kenapa awak suruh saya datang sini? Nek Jah okey kan?” Raisya Raihana kelihatannya sedikit risau. Dia takut kalau terjadi sesuatu yang merbahaya terhadap Nek Jah.
Walaupun dia baru kenal dengan Nek Jah, namun mereka begitu akrab. Dia sudah menganggap Nek Jah seperti nenek kandungnya sendiri.
“No, she’s not okey. Wayar kat badan dia, it’s everywhere. Saya takut.. takut kalau dia nak tinggalkan saya..” Tengku Danial sebak. Air mata mula bergenang ditubir matanya.
“Danny, kau kena sabar. Kau tak boleh sedih macam ni.” Rafie Rifqi menepuk perlahan bahu Tengku Danial.
“Awak, awak janganlah nangis, ek? Saya pergi tengok Nek Jah dulu ya.” Raisya Raihana membuka pintu wad yang didiami Nek Jah. Kelihatan Nek Jah yang sedang terbaring lesu itu tersenyum ke arahnya.
“Nek, nek sihat?” Raisya Raihana memegang tangan tua itu.
“Rai…sya.. Dan…ny.. Ne..nek.. Nak.. Jum..pa.. Diaa..” Kelihatannya sangat sukar untuk Nek Jah berkomunikasi.
“Ya, nek. Kejap Raisya panggilkan dia.” Raisya Raihana keluar dari wad itu dan memanggil Tengku Danial masuk bersamanya.
“Ya, nek. Danny is here. Ada apa-apa?” Tengku Danial sudah tidak mampu menahan air matanya dari jatuh.
Dia berasa sangat sedih melihat neneknya terbaring lemah dengan wayar di merata-rata tubuh neneknya.
“Dan..ny.. Kah..win.. Ne..nek.. tak.. la…ma… dah..” Nek Jah memegang tangan cucu sulungnya dan tangan Raisya Raihana lalu dia memandang sayu ke arah mereka berdua.
Raisya Raihana kelihatannya sedikit terkejut. Bukannya apa, dia masih belum bersedia. Dia tidak sempat untuk berfikir pun tentang hal perkahwinan ini. Apakah Danial sudah bersedia? Atau Danial juga sepertinya. Langsung tidak bersedia namun terpaksa.
“Bo..leh.. kann?” Nek Jah bertanya.
Tengku Danial memandang Raisya Raihana. Berharap yang Raisya Raihana bersetuju.
“Err.. Bo..bo..bo..” Peluh sudah menitik didahi Raisya Raihana.
Tiba-tiba terdengar telefon Tengku Danial berbunyi.
“Oh, bo..bola..bebola kampung!” Raisya Raihana melatah.
“Sorry.. Fon Danny bunyi.” Tengku Danial menolak panggilan itu. Langung tidak penting baginya.
“Rai…sya.. Bo..leh.. kan? Kah..win.. Dan..ny..” Nek Jah bertanya lagi.
“Err..emm.. Bo..bo..” Raisya Raihana bingung.
‘Aduh! Macam mana ni? Stressnya! Aahh!! Ya Allah.. Semoga dia adalah yang terbaik untukku!’ Raisya Raihana berdoa di dalam hatinya.
“Boleh, nek.” Perlahan saja suara Raisya memberi keputusan.
Tengku Danial tersenyum.
“Dan..ny..?” Nek Jah bertanya kepada Tengku Danial.
“Boleh, nek.” Tengku Danial memeluk neneknya.
“Ki…ta.. bu..att.. a..a..kad.. ni..kah.. kat.. si..si..ni..” Sangat susah untuk Nek Jah menghabiskan ayatnya.
Raisya Raihana terkejut. Sangat terkejut! Tidak mungkin! Dia belum bersedia! Tetapi, dia tak sanggup untuk melukakan hati Nek Jah. Nek Jah benar-benar mengharap yang cucunya akan berkahwin.
‘Aaahh!! Aku belum bersedia!!!’ jerit Raisya Raihana di dalam hatinya.
“Buat kat sini nek?” Tengku Danial bertanya dengan kehairanan.
“I..yaa.. Ne..nek.. dahh.. tak.. la..la..ma.. Ka..mu.. kah..win.. se..ka..rang.. yaa..” Nek Jah memegang tangan cucunya dan Raisya Raihana.
Raisya Raihana cuba memberi isyarat mata kepada Tengku Danial. Mereka perlu berbincang sekarang!
Tengku Danial mengusap pipi tua neneknya. Lalu, dia dan Raisya Raihana pun keluar dari wad itu setelah memberitahu nenek yang mereka ingin berbincang sebentar.
“Awak! Takkan nikah sekarang kot? Saya belum sedialah awak!” Raisya Raihana kelihatannya tertekan.
“Kahwin? Sekarang? Raisya nak kahwin sekarang?” Secara tiba-tiba Rafie Rifqie menyampuk. Dia terkejut dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
“Fie.. Nenek aku dah tak lama. Dia nak tengok aku kahwin sebelum dia pergi buat selama-lamanya.” Tanpa Tengku Danial sedari, air matanya mengalir laju.
“Sabar Danny. Kau kena sabar. Ni semua ujian dari Allah.” Rafie Rifqi menepuk perlahan belakang Tengku Danial.
“Tapi, bang. Raisya belum sedia nak kahwin.” Raisya Raihana memegang kepalanya. Berdenyut-denyut kepalanya itu.
“Kahwin? Apesal pulak Raisya yang kena kahwin dengan Danny? Abang tak faham. Kejap-kejap.. Ada apa-apa yang abang tak tahu ke?” Rafie Rifqi memandang adiknya dengan pandangan yang tajam.
“Err..” Raisya Raihana terdiam. Tidak tahu bagaimana ingin menceritakan kisah yang telah terjadi di dalam hidupnya.
“Sebenarnya, Fie.. Nenek aku nak sangat tengok aku kahwin. Tapi, calon yang dia nak jodohkan dengan aku, semuanya tak boleh pakai. They are all to social. Aku tak suka. Tapi, nenek aku langsung tak tahu yang perempuan tu semua perempuan yang tak baik. Bila aku bawa calon aku, nenek tak suka. So, aku tak tahu nak buat apa. Sampai satu hari tu, nenek aku cakap nak jodohkan aku dengan Raisya, doktor yang merawat dia. Nenek aku cakap, memang dia tak kenal Raisya. Tapi, dia dapat rasakan yang Raisya adalah perempuan yang sesuai untuk jadi isteri aku. Pada masa tu, aku betul-betul buntu. Kalau aku tolak, nenek pasti akan paksa aku kahwin dengan perempuan yang sosial tu. Tapi, kalau aku terima Raisya, sekurang-kurangnya aku tahu dia perempuan yang baik.” Tengku Danial meraup wajahnya.
“Emm.. Jadi, sekarang ni nenek kau nak tengok kau kahwin sekarang la?” Rafie Rifqi bertanya kepada Tengku Danial.
Tengku Danial hanya mengangguk.
“Raisya, kamu dah sedia untuk berkahwin?” Rafie Rifqi bertanya kepada adiknya.
“Ha? Emm.. Raisya.. Raisya.. Raisya tak tahu!” Raisya Raihana menutup mukanya. Dia benar-benar buntu.
“Raisya.. Listen.. Abang tanya kat Raisya ni. Raisya dah sedia ke belum? Raisya, nenek Danny dah tak lama. Raisya kena buat keputusan cepat.” Rafie Rifqi bertanya dengan nada yang serius.
“Emm.. Mama, papa.. Diorang tak tahu pasal ni.” Raisya Raihana bingung.Dia tidak boleh membayangkan jika hidupnya setelah dia berkahwin dengan lelaki yang bernama Tengku Danial itu. Dia tidak mahu jika diakhir pernikahan itu akan berlaku penceraian. Dia benar-benar takut. Takut untuk jatuh cinta. Takut untuk ditinggalkan. Takut untuk diduakan. Sesungguhnya, dia tidak berani mengambil risiko untuk berkahwin.
“Abang call diorang sekarang.” Rafie Rifqi mengeluarkan BlackBerrynya dari poket. Didail nombor papanya lalu dilekapkan telefon bimbit itu ke telinga.
“Assalamualaikum, pa. Sorry ganggu tidur papa. Papa, can you come to the hospital yang nenek Danny dirawat?” Rafie Rifqi memulakan perbualan.
“Why? Ada apa-apa masalah ke?” Dato’ Izhar bangun lalu menyandarkan badannya pada kepala katil.
“It’s about Raisya and nenek Danny dah nazak.”
“Ya ke? Emm.. Kejap papa dengan mama datang.”
“Ok. Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
“So, Raisya. Abang rasa Raisya kena bincang sendiri dengan Danny and Danny, I know you well. Aku tak kisah kalau kau jadi adik ipar aku.” Rafie Rifqi tersenyum dan berlalu meninggalkan tempat itu. Sengaja ingin memberi privasi kepada adiknya dan Danny untuk berbincang.
“So, saya tak paksa. But, please.. Tolonglah saya. Saya tak sanggup nak tengok nenek kecewa.” Ujar Tengku Danial.
‘Eh, sejak bila dia pandai ber-saya awak ni? Dia tengah berlakon ke? Tapi, kat sini bukannya ada sesiapa pun. Hanya aku dengan dia je. Pelik!’ Raisya Raihana masih sempat memikirkan hal itu pada saat-saat cemas seperti ini.
“Awak, boleh kan?” Tengku Danial tidak pernah bercakap lembut dengan mana-mana perempuan kecuali arwah ibunya dan neneknya. Raisya adalah perempuan yang ketiga. Dia sanggup merendahkan egonya semata-mata demi neneknya.
“Err.. Boleh bagi saya masa tak?”
“Oh, please. Dah tak de masa lagi. Please, Raisya.” Tengku Danial merayu lagi.
“Emm.. Aduh! Susahnya nak buat keputusan.” Raisya Raihana menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Awak, please. Saya janji akan jaga awak. Saya takkan kecewakan awak. Hmm?” Ujar Tengku Danial.
“Awak janji? Betul ni? Dan, saya tak nak bercerai. Saya takut. Bila saya dah jadi isteri awak nanti, tolong jangan ceraikan saya. Janji yang awak akan setia dengan saya. Takkan menduakan saya.” Raisya Raihana memandang wajah Tengku Danial.
“Saya janji. Will you marry me?” Tengku Danial bertanya.
“I.. I.. I do..” Raisya Raihana berserah kepada Allah. Jodoh, pertemuan, ajal, maut, semuanya ketentuan Allah.
“Thanks. Sorry, saya tak de cincin nak bagi kat awak. Your parents. Diorang dah sampai.” Tengku Danial tersenyum.
“Ma, pa!” Raisya Raihana memanggil ibu dan bapanya.
“Raisya! Ada apa? Kamu ada masalah ke? Eh, Danny! Nenek kamu macam mana?” Jelas terpamer kerisauan pada wajah Dato’ Izhar.
“Nenek Danny nazak sekarang and… Raisya nak kahwin.” Raisya Raihana memberitahu hal yang terjadi.
“
Raisya nak kahwin? Bila? Dengan siapa?” Datin Mufeeda mencelah.
Raisya nak kahwin? Bila? Dengan siapa?” Datin Mufeeda mencelah.
“Dengan… dengan Danny. Nenek dia nak tengok dia kahwin sebelum nenek dia pergi.” Ujar Raisya
Raihana.
Dato’ Izhar dan Datin Mufeeda saling berpandangan. Mereka tidak percaya yang anak perempuan mereka sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
“Betul ni Raisya? Bila kamu dua orang nak kahwin?” Datin Mufeeda bertanya.
“Betul, ma. Sekarang. Nenek Danny dah tak lama.” Raisya Raihana melihat Tengku Danial.
“Uncle, aunty, izinkan saya untuk jadikan anak uncle dan aunty sebagai isteri saya yang sah?” Tengku Danial bertanya.
“Apa pulak tak boleh Danial. Kalau kamu ikhlas, kami tak kisah. Ye tak, mama?” Dato’ Izhar berkata.
“Betul tu Danial. Alhamdulillah kalau Raisya tu nak kahwin. Eh, kalau macam tu biar mama dengan papa je yang uruskan. Kamu berdua pergilah jaga nenek Danny.” Ujar Datin Mufeeda.
“Yelah.” Raisya Raihana dan Tengku Danial berkata serentak. Mereka berdua masuk ke bilik wad Nek Jah.
“Ma…cam.. ma..na..a?” Nek Jah bertanya.
“Kami akan kahwin, nek. Sekejap lagi tok kadi datang. Nenek sabar ye.” Tengku Danial memegang erat tangan neneknya.
Pintu bilik wad dibuka dari luar. Dato’ Izhar dan Datin Mufeeda memasuki bilik tersebut.
“Semuanya dah diurus. Sabar ya, Puan Azizah.” Datin
Mufeeda berkata kepada Nek Jah.
“Rai..syaa.. Ni.. cin..cin.. Pa..kai.. nan..ti.. a..kad.. ni..kaah..” Nek Jah menghulurkan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian kepada Raisya Raihana.
“Terima kasih, nek.” Raisya Raihana mengambil cincin yang dihulur oleh Nek Jah.
“Ja..ga.. Dan..ny..” Nek Jah senyum.
“Assalammualaikum.” Kedengaran orang memberi salam.
“Waalaikummussalam.” Semua yang berada di dalam bilik wad itu menjawab salam yang diberikan.
“Saya tok kadi. Ni, Dato’ Izhar kan?” Lelaki yang berjubah putih itu bertanya.
“Ya, saya Izhar. Tok, boleh tak kalau tok nikahkan anak saya dengan cucu Puan Azizah? Puan Azizah berhajat nak melihat cucunya berkahwin sebelum dia pergi.” Ujar Dato’ Izhar.
“Ya, Insyaallah boleh. Jadi, boleh kita mulakan.”
Setelah selesai semua prosedur, majlis akad nikah yang berlangsung di dalam bilik wad itu pun selesai.
“Alhamdulillah.” Dato’ Izhar bersyukur kepada Allah.
“Ne..nek.. sa..yang.. ka..ka..mu ber..du..aa..” setelah mengucapkan dua kalimah syahadah, Nek Jah meninggal dunia.
“Nek! Nek!” Tengku Danial menangis. Dia memeluk erat tubuh Nek Jah.
“Danny.. Kau kena sabar. Kau kena terima kenyataan.” Rafie Rifqi memegang bahu Tengku Danial.
Nek Jah
telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam. Tengku Danial tidak
berhenti-henti membaca ayat-ayat suci di situ. Raisya Raihana setia disisinya.
Dato’ Izhar, Datin Mufeeda, Rafie Rifqi, adiknya dan orang yang dikenali telah
pulang. Tengku Danial melihat wajah perempuan yang telah menjadi isterinya
setelah dia selesai membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
“Awak nak balik ke? Kita balik sekarang ya?” Tengku Danial mula melipat tikar.
“Saya ikut je.” Raisya Raihana bangun dan mengangkat jar air yang digunakan untuk menyimpan air mawar sebentar tadi.
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta Tengku Danial. Setelah berada di dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri. Sepi.
“Awak.. Kita nak pergi mana ni?” Raisya Raihana bertanya kepada Tengku Danial.
“Rumah.” Sepatah sahaja yang dijawab oleh Tengku Danial.
“Tahulah rumah. Tapi rumah siapa?” Raisya Raihana tahu yang Tengku Danial masih sedih. Tapi, hidup perlu diteruskan. Dia akan pastikan yang Tengku Danial akan gembira dan ceria seperti dulu. Walaupun dia tidak tahu sama ada Tengku Danial seorang yang ceria ataupun tidak.
“Rumah awak. Baju awak kan ada kat sana. Lepastu kita pergi rumah saya. Kita tidur sana malam ni. Bolehkan?” Tengku Danial memandang wajah Raisya Raihana sebentar, kemudian dia memandang ke depan semula.
“Emm.. Boleh. Saya yang menurut perintah je.” Raisya Raihana memandang ke arah tingkap. Konon-kononnya tengok pemandanganlah. Tapi, sebenarnya hatinya sudah mahu meletup! Mana tidaknya, dia tidak pernah naik satu kereta dengan lelaki lain selain papanya, abangnya dan Pak Mail. Sudahlah lelaki yang disebelahnya ini sangat handsome! Pakai rayban lagi! Aduh, sabarlah hati.
“Dah sampai. Jom.” Tengku Danial keluar dari kereta dan berlari untuk membuka pintu kereta untuk isterinya.
“Eh, terima kasih. Arigatou!” Raisya Raihana tersenyum comel.
Tengku Danial terpaku. Dia memandang lama muka Raisya Raihana.
“Err.. Jom! Janganlah malu-malu. Masuk je. Buat macam rumah sendiri walaupun awak tahu rumah ni bukan rumah awak. Yelah, papa saya yang beli.” Raisya Raihana memberi salam dan terus memasuki rumahnya. Malu! Mukanya sudah merah macam strawberi yang sudah masak. First time, seorang lelaki memandang ke dalam matanya lama.
Tengku Danial hanya tersenyum. Dia tahu bahawa isterinya itu merupakan seorang yang pemalu. Tengku Danial memasuki rumah mertuanya buat kali pertama.
-BERSAMBUNG- :D